Pages

Tuesday, June 14, 2011

Dingin embun pagi menemani perjalanan Zamri ke Pulau Pinang. Sesekali matanya terpejam melayani keindahan lampu neon yang menerangi sepanjang perjalanannya. Bas Laju Ekspress yang dinaikinya meluncur laju membelah lebuhraya utara selatan. Cuti semester telah tamat.Cuti yang panjang telah dipergunakan sebaiknya oleh Zamri. Kini,dia dalam perjalanan pulang ke kampusnya yang terletak di Pulau Pinang.Kenderaan tidak banyak ketika itu. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Zamri termenung sambil kepalanya terngiang-ngiang mengingati pesanan maknya.
"Bila kau dekat tempat orang nanti jangan lupa solat, jaga diri elok-elok,jadi orang yang baik". Berbuih-buih Mak Nab meleteri anaknya.
"Insyaallah mak,janganlah risau." Zamri cuba menenangkan dirinya dan diri maknya.

Selamat Datang Ke Pulau Pinang. Pintu gerbang yang tersergam indah memadamkan memori Zamri pada maknya.Keindahan lampu warna warni menghiasi laluan di sekitar Juru menarik perhatian remaja ini. Suasana dalam bas masih sunyi yang kedengaran hanyalah bunyi enjin bas dan kadang-kadang terdengar bunyi dengkuran penumpang yang lena dibuai mimpi. Sesekali Zamri menoleh wanita yang duduk disebelahnya. Amboi,nyenyak betul dia tidur,bisik hati Zamri. Sejak Zamri naik dari Melaka tadi wanita ini diam dan tidur sepanjang perjalanan. Dengan wajah putih halus,bertudung dan bertahi lalat dipipi membuatkan sesiapa terpandang akan terpikat.

"Butterworth,Butterworth..dah sampai...!!!" Pekik pemandu bas.
Tiba-tiba gadis disebelah bangun. Eh,ngigau ke apa budak ni..
"Bang,tumpang lalu.."
"Owh..ok2..abang pun nak turun sekali.Sekejap ek?".
"Ok".
Amboi kasarnya budak ni, tak padan dengan kecik. bisik hati Zamri.

Dari gerak geri gadis tersebut Zamri dapat rasakan yang gadis ini masih mamai. Terhuyung hayang ke kiri ke kanan melayan badannya yang baru bangun dari lena. Habis semua penumpang yang berada di depan dilanggarnya. Kemudian, Zamri pun bangun dan mengambil begnya lalu terus turun dari bas tersebut. Matanya digosok-gosok dan sesekali angin pagi mendinginkan suasana pagi tersebut. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Suasana sekitar Terminal Butterworth masih lengang. Cuma ada beberapa orang yang sedang melakukan hal-hal mereka sendiri. Ada yang mengambil kesempatan untuk sambung tidur di kerusi panjang, ada yang duduk sambil menunggu seseorang, ada juga yang mengambil peluang untuk berangan. Macam-macam perangai manusia ni, bisik hati Zamri.
Terminal bas ini amat kecil kerana ia hanyalah sementara. Penumpang-penumpang hanya disediakan beberapa khemah kanopi dan beberapa buah kerusi panjang untuk berehat dan menunggu. Disebelah khemah kanopi itu terdapat sebuah bangunan lama yang telah terbakar yang dulunya adalah terminal bas utama Butterworth. Kerja-kerja pembaikan masih berjalan dan dijangka 2 tahun lagi akan siap sepenuhnya.

Zamri melilau sekeliling mencari tempat untuk berehat sambil menunggu bas ke Uitm Permatang Pauh. Kini dah 4 semester Zamri melanjutkan pelajaran di Uitm Permatang Pauh dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Kehidupan Zamri di kampus amat mencabar minda dan fizikal Zamri. Almaklum, selama ini dia hanyalah seorang pelajar di sekolah harian di selatan tanah air dan tinggal dirumah bersama ibu bapa dan adik beradiknya yang lain. Namun setelah berada di UITM cara kehidupan Zamri telah berubah dimana dia menjadi seorang yang berdikari, yakin pada diri sendiri dan rajin. Alhamdulillah berkat dorongan ibu bapa dan rakan-rakan keputusan peperiksaan baru-baru ini memberi keyakinan untuk Zamri mengejar cita-cita menjadi jurutera terkenal di Malaysia dan antarabangsa.

Zamri melabuhkan punggung disatu kerusi panjang yang kosong.Disebelahnya kelihatan seorang lelaki separuh abad sedang lena dibuai mimpi. Sesekali fikiran Zamri melayang entah ke mana. Keterujaan ketika pertama kali melangkah kaki ke UITM menerjah pemikiran anak muda ini. Masih dia ingat lagi ketika dapat tahu dia ditawarkan ke UITM.

" Mak,meh sini mak,tengok ni." Zamri memekik memanggil maknya.
"Kejap2,apa dia??" Sahut Mak Nab dari dapur.
" Adik berjaya masuk Uitm mak, kat Pulau Pinang sana."
"Apa? Biar betul..Alhamdulillah,tahniah dik,"lantas pipi Zamri dicium.
"Nanti mak telefon abah. Eh,bila daftarnya?"
"Minggu depan mak,tak silap hari Isnin tu dah kena daftar. Segala butir2 dan maklumat2 semua dah ada dalam internet ni,adik tinggal nak print jek ni."
"Ok2,adik buat la apa yang patut dulu,lepas tu kita keluar jap, pegi bandar beli barang2 kamu." Gembiranya hati Mak Nab bila dapat tahu anaknya ke UITM.
"Amboi mak ni,macam dia jek yang nak pegi,tu hah..kat dapur tu..dah bau lain macam jek ni,mak masak apa tu?" Zamri memuncungkan mulutnya menghala ke dapur.
"Ya Allah,ayam aku.." Lantas Mak Nab berlari ke dapur.
Zamri hanya menggelengkan kepala dan senyum melihat kerenah maknya. Bau ayam hangit menusuk setiap ruang rumah. Kedengaran Mak Nab membebel menyalahkan diri sendiri. Zamri hanya tertawa dan menggelengkan kepala melihat telatah mak kesayangannya itu.

Hari itu juga Zamri dan maknya ke pekan membeli segala keperluan untuk Zamri. Kemesraan anak beranak ini memang tidak dapat dinafikan. Kasih sayang Mak Nab terhadap anak-anaknya tidak dapat dibalas dengan apa jua. Jika tidak takkan anak-anaknya berjaya. Along kini seorang usahawan yang berjaya, Angah pulak seorang pelajar tahun akhir dalam Ijazah Kejuruteraan Elektrikal di UTM, Zamri pula bakal ke UiTM, manakala adik-adik Zamri, Imran dan Hanisah kini sedang tekun belajar untuk menghadapi PMR dan UPSR. Kesibukan kerja Pak Mat sebagai seorang juruteknik di syarikat minyak dan gas membuatkan segala urusan di rumah diuruskan oleh Mak Nab. Setiap 1 minggu Pak Mat akan pulang ke rumah dan 1 minggu kemudiannya akan pulang semula ke tempat kerja di Pantai Timur. Namun begitu, walaupun sesibuk manapun Pak mat tidak akan melupakan segala tanggungjawab dan didikan agama kepada anak-anaknya. Mujurlah anak-anaknya mendengar kata.

"Pooooonnnnnnnnn"...siren dari feri di jeti Sultan Abd Hamid mematikan lamunan Zamri.
Jam menunjukkan pukul 5.50 pagi. Kedengaran sayup-sayup azan subuh berkumandang di masjid berdekatan. Zamri melangkah ke surau berhampiran. Langkah diatur dengan perlahan dan tenang menuju ke tempat ibadah itu. Beberapa orang sedang mengambil wuduk dan bersiap sedia untuk berjemaah. Zamri menunggu giliran mengambil wuduk. Setelah selesai dia terus berjemaah bersama-sama. Habis saja doa dan bersalaman,Zamri mengambil kesempatan untuk berehat sebentar sebelum melangkah semula ke tempat menunggu. Sesekali Zamri menoleh seseorang yang dari tadi ingin mendekatinya.

"Assalamualaikum nak,dari tadi pakcik lihat anak ni berseorangan. Dari mana?"
"Waalaikumussalam..oo dari Segamat pakcik. Belajar kat sini."
"OoooOo..dah lama dah belajar kat sini?"
"Baru jek..baru je semester 2."
" Anak pakcik baru jek jejakkan kaki kat universiti kat KL tu..banyak gak guna duitkan nak."
"Lebih kurangla pakcik, macam2 nak buat nanti, saya ni pun pinjam PTPTN nak menampung pembelajaran."
"Anak pinjam PTPTN?dah dapat ke?"
"Alhamdulilah pakcik,baru jek dapat.."

Tiba-tiba telefon Zamri berdering. Rupanya Maksu menghubunginya.Aduhhh..boleh terlupa pula aku nak menghubunginya.Bisik hati Zamri. Setelah memaklumkan dia sudah selamat sampai,Zamri mematikan talian.Tiba-tiba bahu Zamri di tepuk.

"Nak,pakcik ni nak mintak tolong boleh tak,"
"Ye pakcik,jika saya boleh tolong saya tolong."
" Pakcik sebenarnya nak ke KL tapi tak cukup duit,boleh tak pakcik pinjam dari anak. Nanti pakcik pulangkan semula."
Tanpa berfikir panjang aku mengiyakan dan terus aku menghulurkan RM300 kepada pakcik tersebut.
" Boleh pakcik mintak no akaun anak?"
"Boleh pakcik,sekejap ye."

Zamri mengoyakkan kertas didalam begnya dan menulis nombor akaun banknya beserta nombor telefon bimbitnya.
"Nah pakcik..ini nombor akaun dan HP saya.."
" Terima kasih nak,jasa baik anak tidak akan pakcik lupakan. Ini no telefon pakcik."

Pakcik tersebut menghulurkan sekeping kertas dan memberi kepada Zamri.
"Ok pakcik,terima kasih."
Pakcik tersebut meninggalkan Zamri yang masih terpinga-pinga kerana seperti tidak percaya apa yang berlaku. Mudah mempercayai orang terutama orang tua. Hatinya seperti tidak keruan. Betulkah apa yang aku lakukan ni,tak tolong orang tua,tolong pula aku baru kenal..bisik hati Zamri.
Lantas dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor yang diberi pakcik tadi.
"Tut..tut..tut..tut...tut.."talian tidak dapat dihubungi.
Sekali lagi Zamri mendail. Sekali lagi Zamri hampa. Sedikit demi sedikit dia mula terasa yang dia sudah ditipu. Senang saja dia memberikan RM300 kepada orang yang tidak dikenali. Rasa kasihan dan sedih kepada pakcik tersebut telah bertukar kepada geram,benci dan marah. Lantas dia mencari2 di sekitar terminal tersebut dengan harapan dapat berjumpa dengan pakcik tersebut. Langkah Zamri pantas umpama harimau yang ingin menerkam mangsanya. Satu terminal tersebut dicarinya namun dia hampa.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Bas 501 yang menghala ke hostelnya telah kelihatan.
Ahhh..biar aku balik dulula..dah lambat ni. Hati Zamri berbisik.

Setelah 20 minit perjalanan, Zamri sampai ke hostelnya. Setelah begnya diletakkan dia terus melakukan solat hajat dan petunjuk atas apa yang dilakukannya tadi.
" Ya Allah, Engkau Yang Maha Mengetahui segala2nya. Aku bermohon kepadaMu Ya Allah, jika benar pakcik tadi didalam kesusahan Engkau permudahkan segala urusannya,dan jika dia bertujuan untuk menipu diriku ini semata2 untuk kesenangannya,Engkau tunjukkanlah kekuasaanMu Ya Allah, Aku insan yang lemah Ya Allah. Tolonglah hambaMu ini,Aminn"

Pagi itu Zamri tidak ke kelas,hanya kelas seterusnya Zamri muncul terpacak di kampus.
"Hoi Zam,apsal tak masuk kelas tadi"? Bob menyapa.
"Eh,apsal nampak sedih jek ni yob,"? Azmin menyoal dengan loghat Peraknya.
Zamri tidak keruan,nak diceritakan ke atau tidak.
" Erm,takde apalah,aku lambat sampai tadi,tu yang lambat tu.Eh,camner kelas En. Fakri tadi? Dia ada tanya aku tak?"
" Alaa..mana boleh kau takde,mesti dia cari punya.Kau kan pelajar kesayangannya.Hah,minggu depan jangan lupa hantar tugasan baru ni..nah..ambil ni."
Bob menghulurkan 2 helai kertas kepada Zamri.
Zamri mengambilnya. Ucapan terima kasih dihulurkan dan Zamri terus bergerak ke kafeteria.

"Wei Bob,awat Zam tu..macam ada masalah jek.?" Ikhwan dengan loghat utara menggaru-garu kepala yang tak gatal tu.
Bob hanya mengangkat bahu tanda tidak mengetahui apa yang berlaku sambil menjeling Azmin dan Man yang masing-masing terpinga-pinga dengan kelakuan Zamri tadi.
"Biarlah dia,mungkin belum masanya lagi untuk dia cerita tu,bagi dia masa sikit." Tiba-tiba Anuar mencelah empat sekawan tersebut.
Man,Azmin,Bob,Ikhwan dan Anuar merupakan rakan karib Zamri. Mereka mengenali antara satu sama lain sejak pertama kali mereka mendaftarkan diri di kampus ini. Bob merupakan pelajar cemerlang dalam jurusan mekanikal. Man,Azmin dan Ikhwan juga merupakan salah seorang pelajar yang menjadi contoh kepada semua pelajar lain. Anuar sahaja yang mengambil jurusan elektrikal.
Keakraban mereka seringkali menjadi buah mulut setiap warga kampus. Kemana mereka pergi ada saja cerita dari pelajar-pelajar sehinggakan pensyarah menjadikan mereka contoh kepada pelajar2 mereka. Apa tidaknya,dalam huru hara mereka itu, setiap kali peperiksaan kelima-lima mereka adalah pelajar terbaik dalam jurusan masing-masing.


Malam itu, Bob,Azmin,Anuar dan Ikhwan mendapatkan Zamri yang sejak petang tadi terperap di bilik.
" Zam,kau ada masalah ke?" Anuar memulakan bicara.
Zamri hanya mendiamkan diri.
"Kalau kau ada masalah bagitaulah kami.Manalah tau kami boleh tolong." Bob menyampuk.
Zamri mengalihkan muka mengadap rakan2nya itu.
"Hurm..ntahla geng,aku ni asik malang jek.."perlahan saja Zamri berkata.
"Pagi tadi,masa aku nak balik ke kampus aku kena tipu bulat-bulat dengan sorang pakcik ni. Aku kasihankan dia,alih2 dia pulak tipu kat aku. Abis duit aku dikebasnya."
Keempat-empat mereka ternganga seperti tak percaya apa yang dikatakan oleh Zamri.
"Hang biaq betui,hang dah report polis ke belum?Celaka tui la.." Ikhwan tiba2 bangun..
"Sabar2..kita dengar dulu cerita Zam ni dulu,kemudian kita fikirkan apa langkah seterusnya." Anuar menenangkan Ikhwan yang dah merah muka menahan kemarahan.
Kemudian,Zamri pun menceritakan bagaimana dia ditipu oleh seorang pakcik.Bagaimana dia seperti orang kena pukau setelah ditepuk oleh pakcik,bagaimana dia seperti amat mengenali orang tersebut. Masing-masing tercengang dengan cerita Zamri. Setelah Zamri menceritakan dari A hingga Z,akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Kelima-lima mereka membuat laporan polis malam itu jugak di Balai Polis Seberang Jaya. Setelah Zamri memberi keterangan dan maklumat terperinci mengenai orang tua tersebut, Zamri bersama rakan-rakannya pulang ke kolej kediaman. Zamri ditenangkan oleh keempat-empat rakannya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sentiasa membantu Zamri dan banyak menolongnya.Ucapan tersebut disambut dengan baik dan kelima-lima mereka berpeluk tanda keakraban mereka.


..................................END PART 1.........................................