Pages

1

Semester 4 berlalu dengan begitu pantas sekali. Peperiksaan pertengahan semester akan bermula tidak lama lagi. Dalam masa yang sama Zamri sedang mempersiapkan diri untuk ke Karisma iaitu sukan antara kampus UiTM yang akan berlangsung di kampus Machang Kelantan semasa cuti semester nanti. Karisma akan berlangsung setiap tahun dimana ia menjadi sukan tahunan Uitm dan setiap kampus akan menjadi tuan rumah secara bergilir-gilir.Zamri mewakili kampusnya dalam pasukan bola tampar lelaki dan badminton. Bakatnya dalam sukan bola tampar tidak boleh dipertikaikan lagi walaupun pada permulaannya hanyalah satu permainan riadah petang2 Zamri. Namun bakatnya dapat dikesan oleh ketua pasukan dan sejak dari itu dia sering menjadi pemain utama pasukan. Begitu juga dalam sukan badminton. Baru-baru ini dia dipanggil menyertai pasukan tersebut kerana pengalaman dan kekuatannya dalam merejam bola dapat diguna pakai dalam sukan badminton. Zamri juga merupakan salah seorang orang kuat dalam persatuan kebudayaan dikampusnya.

"Zam..psstt..ooiii..leh tahan pekak gak ko ni." Sapa Fuad dari belakang.
"Eh..sorry2..aku tak perasan. Tengok dorang ni 'spike'..kot2 ada yang boleh aku belajar..hehehe."
"Ceh..wei..esok jangan lupa latihan untuk persembahan malam klasik tu..ahah,aku dengan Shasha dah cari budak2 baru untuk persatuan kita. Ramai jugak yang masuk. Esok ada perjumpaan sekali dengan diorang. Kau jangan tak datang pulak. Aku sekeh kau nanti." Lantas Fuad menunjukkan penumbuk sulungnya pada Zamri.
Zamri hanya senyum saja. Dia tidak boleh lupa bagaimana dia mengenali insan bernama Fuad dan bagaimana dia terjebak dengan kumpulan kebudayaan ini 2 semester lepas. Fuadlah yang menunjuk ajar dan mengenalkan ilmu2 tarian dan bermacam-macam lagi sehingga dia menjadi orang kuat dalam persatuan kebudayaan. Fuad juga merupakan salah seorang ahli pasukan bola tampar. Namun kelembutan Fuad sentiasa menjadi gurauan rakan2 ahli pasukan termasuk Zamri. Ada saja keletah dan gurauan antara mereka.

"Hai,awak Zamrikan?dari Johor erk..saya Fuad,asal Parit Kedondong,Bt Pahat." Fuad menghulurkan salam dan disambut dengan baik oleh Zamri.
"Ye saya Zamri. Aah..dari Johor..eh camner awak tahu saya dari sana,nama sekali lak tu."Zamri berasa pelik.
"Eh,awakkan popular,lagipun mana ada budak baru macam awak yang menjadi buah mulut seluruh kampus..ahah..alang2 tu kan..saya nak ajak awak join persatuan kebudayaan kampus kita. Nak tak? Awak masih mencari kelab dan persatuan kan? Awak jangan risau la..dijamin tidak jadi seperti saya nanti..hehehe.." hujah Fuad sambil membuat perwatakan lembut.
"Lagipun ada banyak aspek dalam persatuan ni..dari nasyid sehingga rock,tradisional,teater,kiranya semua adalah dalam persatuan ni. Hah,tu pengerusi persatuan,Bro Bani Shah..amacam gagahkan..elok jek tak macam saya..hahahaha" Fuad menyambung kata sambil diiringi ketawa Zamri.
"Oh ok2..nanti saya pertimbangkan dan akan beritahu segera."
"Nah borang ni..isi dan beri pada saya nanti."
Fuad menghulurkan borang persatuan dan Zamri mengambilnya.Setibanya di bilik,Zamri terus mengisi borang tersebut. Dan pada keesokkannya borang tersebut diberikan kepada Fuad.
"Oraitt..macam tulah..nanti minggu depan ada mesyuarat persatuan. Ajaklah rakan2 awak hadir. Manalah tau ada yang berminat nak join..kitorang ok jek".
"Ok Fuad. Insyaallah.."

Sejak hari itu Zamri tidak mensia-siakan peluang yang ada. Semakin hari dia semakin digemari rakan2 dalam persatuan dan pada mesyuarat yang terbaru dirinya telah tercalon menjadi pengerusi menggantikan Bani Shah yang bakal menghabiskan pelajarannya. Dan kini sebagai pengerusi persatuan,komitmennya bertambah. Dengan persatuannya,dengan pasukan bola tamparnya dan tidak lupa pelajarannya. Namun Zamri pandai menguruskan masanya dan dapat membahagikan masanya antara persatuan,sukan dan pelajaran.

"Hoi Zam..apa yang kau termenung tu..meh sini cepat 'spike,..ceh..boleh termenung pulak,tak memasal lak aku 'spike' kau lak nanti." Iskandar ketua pasukan bola tampar menegur Zamri yang termenung.
Zamri terkejut lalu bangun. Pasukan bola tampar kini giat berlatih dibawah kendalian En Khairul. Sasaran utama mereka adalah layak ke peringkat separuh akhir kerana kampus Shah Alam dan Kampus Arau merupakan pasukan yang kerap kali memonopoli sukan itu. Latihan dijalankan setiap petang bermula pukul 5 hingga 7 petang,Sabtu dan Ahad pula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 7 petang.

Setelah selesai latihan,Zamri pulang ke bilik dan membersihkan diri. Sambil menyanyi-nyanyi kecil Zamri teringat perjalanan hidup dia dan keluarga. Mak Nab kini menggunakan injap jantung palsu setelah menjalani pembedahan jantung ketika Zamri berada di tingkatan 3. Zamri juga kini masih belum mempunyai teman istimewa setelah beberapa kali gagal dalam perhubungan. Terngiang-ngiang dalam kepala Zamri wajah-wajah bekas-bekas kekasih lamanya dulu. Dimanakah agaknya Nurul,Shuhada dan Amy. Teringat lagi bagaimana kisah dia dan Nurul yang merupakan pasangan popular di sekolah. Bagaimana Nurul memutuskan perhubungan mereka dengan alasan ibu bapa tidak merestui walhal dia sudah ada kekasih baru yang juga rakan kepada Zamri. Begitu juga dengan kisah dia dengan Syuhada yang ketika itu merupakan pelajar baru di sekolahnya. Ketika itu memang Syuhada menjadi buah mulut pelajar kerana kesopanan dan keayuan wajahnya. Akhirnya Zamri berjaya mencuri hati Syuhada. Namun tidak kekal kerana Syuhada tiba2 berpindah ke sekolah lain diutara semenanjung. Setelah diselidiki barulah dia tahu kenapa Syuhada pindah ke sana. Ini kerana Suhada mendapat tahu yang orang lain tidak boleh mendampingi Zamri kerana dia adalah milik Nurul. Apa lagi, Zamri sangat2 kecewa kerana semestinya dia sudah menyayangi Syuhada. Namun dia tahu usianya masih muda dan perjalanan masih panjang untuk dia menempuh kehidupan masa lampau. Kisah percintaan dia dan Amy juga tidak bertahan lama kerana faktor jarak antara mereka. Seorang di selatan dan seorang diutara. Gosip2 dan tuduhan2 yang didengar antara satu sama lain membuatkan mereka akhirnya memutuskan untuk tidak bersama lagi. Dan kini Zamri keseorangan dan dalam diam-diam dia sedang mencari seseorang untuk dijadikan teman istimewanya. Almaklumla dah 2 tahun kesepian dan geram melihat rakan2 berpasangan dan sentiasa mengenakan dia.

|Dum!!Dum!!Dum!!
Bunyi ketukan pintu bilik air mematahkan lamunan Zamri.
"Hoi Zam..ko ni mandi ke tidur kat bilik air ni. Cepatlah aku dah tak tahan nak berak." Pekik Zul yang merupakan rakan serumah dan sebilik Zamri.
"Ok pak..sebentar ya..ampun ya pak.." Zamri membalas dengan dialek indonnya.
Kemudian Zamri keluar dari bilik air dan Zul melibas-libas tualanya pada Zamri. Zamri tidak sempat mengelak dan selepuk kena pada mukanya.
"Nah amik kau..macam betina duk dalam bilik air lama2..ceh." Marah Zul sambil tangannya melibaskan tuala pada Zamri.

Setelah selesai menunaikan tanggungjawab menunaikan solat maghrib, Zamri bersiap2 untuk keluar makan bersama sahabat2nya. Bob awal2 lagi berpesan supaya bersiap selepas solat maghrib kerana malam ini mereka akan makan di Nasi Kandar Pelita di Bandar Perda. Selain Line Clear Nasi Kandar,Zubaidah Nasi Kandar, restoran Pelita ini juga merupakan salah satu restoran nasi kandar terbaik di Pulau Pinang ini. Kebiasaanya Zamri dan rakan2nya akan ke situ jika ada perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Malam ini pertembungan Arsenal dan Manchester United akan berlangsung. Zamri,Bob dan Anuar amat meminati Manchester United. Manakala Ikhwan dan Man menyokong pasukan Arsenal. Azmin pula hanya mengikut saja kerana baginya liga tempatan menjadi keutamaan bagi dia. Negeri kelahirannya Perak menjadi satu2nya pasukan yang sentiasa dihatinya.

"Zam,malam ni jangan lupa pukul 8 gerak. Kita pakai baju yang baru beli tempoh hari. Kasi gempak sikit. Kau rasalah Rooney main tak,aku baca web diorang tempoh hari kata 'injured' teruk oooo.." Beria-ria Anuar bercerita ketika mereka berlima minum petang.
" Alaaa..Rooney takde pun tak pe..ramai lagi bagus2 tu..aku jamin MU menang 2-1." Zamri menyatakan dengan penuh keyakinan.
"Ehem2..korang ingat Arsenal tu team cap ayam jek ke? Kita tengoklah nanti." Ikhwan mencelah setelah bengang melihat kedua rakannya mempersoalkan tentang perlawanan malam nanti.
Akhirnya masing2 tersenyum sesama sendiri.