Pages

2

"Zam,Zam bangunlaa woii...hang tak pi kelas ka?tu diaa..aku tau la MU menang besaq malam tadi,dan2 tak mau bangun...oii Zam,bangun la.." Ikhwan membebel sambil mengejut Zamri yang lena dibuai mimpi.
Kemenangan Manchester United ke atas Arsenal malam tadi disambut dengan gembira oleh Bob dan Anuar. Selepas menonton bola malam tadi keenam-enam mereka pulang ke kolej kediaman dan seterusnya mengulangkaji pelajaran. Sifat itulah yang menjadikan mereka dicemburui ramai pelajar. Apa2 jua keraian,apa jua agenda,peristiwa,pelajaran tidak mereka lupakan. Zamri adalah orang yang paling lambat sekali tidur. Ini kerana dia perlu menyiapkan tugasan lebih awal kerana keesokkannya dia ada latihan persatuan kebudayaan dan perjumpaan ahli2.

Zamri agak lewat ke kelas hari itu. Mujur dia sempat mengikuti kelas Dinamiks 2 yang di ajar En. Haris. Setiap apa yang diajar difahami dengan betul oleh Zamri dan rakan-rakan. Setiap permasalahan dapat dirungkai dengan jawapan yang baik dari En. Haris. Zamri amat meminati cara penyampaian bersahaja En Haris dalam pembelajarannya. Unsur2 sekeliling digunapakai bagi memastikan setiap pelajarnya dapat memahami apa yang diajarnya. Teori yang diberikan dipertajamkan lagi dengan contoh2 yang senang dan mudah. Kelas selama 2 jam itu berjalan dengan lancar.
Zamri amat puas hati dengan apa yang dia dapat pada hari ini. Setiap nota disalin dan bila pulang nanti Zamri akan mengulangkaji dan membuat peta minda. Satu lagi cara yang digunakan oleh Zamri.Dia masih ingat lagi kata orang2 tua,kalau ilmu yang kita tidak gunakan dalam masa 3 hari ia akan lupa begitu saja. Mungkin itu yang membuatkan Zamri setiap hari mengulangkaji apa yang diajar oleh pensyarah2nya.

Perut Zamri tiba2 memulas. Zamri dan rakan2 dalam perjalanan ke Kafeteria yang terletak di bangunan bersebelahan.
"Geng,korang gerak dulu laa.aku nak melabur saham jap..adui..meragam pulak bahagian dalaman kesayangan aku ni." Zamri memberitahu rakan2nya sambil mengusap perutnya.
"Ceh..hang ni..dan2 jek..ok2..kami gerak dulu." Ikhwan membalas sambil disambut gelak rakan2 mereka yang lain.

Setelah seleasai melaksanakan tugas berat itu,Zamri bergegas ke kafe.

"Assalamualaikum abang,err..mintak maaf bang,tumpang tanya,dekat mana DKA2 ni ye bang..dari tadi saya tak jumpa ni." Sapa seorang pelajar.
"Waalaikumussalam,ooo DKA2 erk..memang susah sikit nak cari ni..ok..adik naik tangga ni ke tingkat 2 tu..kemudian,pergi ke belakang sana..dekat situ adik tengok betul2 signboardnya..memang tak nampak...kecik bangat.." Zamri menunjukkan arah sambil tersenyum.
Budak baru ni agaknya..bisik hati Zamri.COmel gak budak ni..isk..sekali lagi Zamri mengomel. Pelajar perempuan dihadapannya kelihatan sederhana saja. Berbaju kurung,bertudung,berkaca mata dan mempunyai iras2 kacukan cina. Berkulit kuning langsat,dan bentuk muka yang bulat membuatkan diri pelajar tersebut sangat comel dari pandangan Zamri.

"Terima kasih bang."
"Oh..sama2.." Zamri membalas dengan senyuman dan terus berlalu pergi.
Rakan2 dah lama menunggu beliau dan lantas Zamri terus mengambil makanan dan minuman.

"Geng,malam ni aku tak join study erk, aku ada perjumpaan persatuan." Zamri memulakan perbicaraan.
"Oh yeke?pukul berapa tu..aku nak join boleh?macam menarik jek persatuan ni sejak kau jadi presiden. Ada aje aktiviti. Nak ikut boleh?" Anuar bertanya dengan penuh minat.
"Oit Nuar,sejak bila hang minat berpesatuan ni,pelik la..hang sihat ka?" Man terkejut dengan apa yang didengarnya.
"Laaa..aku sihat la,takdela,sejak member kita ni amik alih persatuan,ada aja aktivitinya."
"Eh Nuar,tul ke ni? Baru aku teringat,kau dulu penggiat teaterkan?Ahah..kebetulan aku mencari seseorang yang boleh bantu aku untuk buat team teater. Horreeey...sila datang malam ni ye encik Anuar Sahri." Zamri berkata sambil menepuk2 belakang Anuar sehingga tersedak mamat tu dibuatnya.
"Hoi..kau nak bagi aku mati ke pe..aku tercekik ni,bak sini air tu..uhuk uhuk.." Kelam kabut Anuar sambil disambut helai tawa rakan2 yang lain.
"Tula hang,tepuk kuat sangat. Lain kali tepuk kuat lagi macam ni." Ikhwan menepuk2 belakang Anuar sehingga tersembur makanan yang sedang dikunyahnya. Zamri dan yang lain2 hanya ketawa. Ikhwan dan Anuar juga turut ketawa setelah melihat apa yang telah terjadi.
Gelagat mereka diperhatikan oleh pelanggan yang lain. Ada yang turut ketawa,ada yang tersenyum dan ada juga yang menggelengkan kepala melihat kerenah 6 sahabat ini.

"Aduii..ok2..Nuar,jangan lupa malam ni pukul 9 dekat DKA4,korang yang lain kalau nak ikut ok jek..hehehe..mana la tau kot2 terpikat ngan junior2 baru."Kata Zamri setelah ketawanya reda.
"Err,insyaallah,kami mungkin nak siapkan tugasan ni. Eh,nanti jangan lupa datang bilik aku,kitorang tunggu kat sana nanti. Boleh bincang apa2 yang patut." Bob menerangkan sambil Ikhwan,Azmin dan Man menganggukkan kepala tanda setuju apa yang Bob katakan.

"ORaitt..okla camtu,nanti aku datang sana,Nuar kau nak join sekali ke kitorang nanti?" Zamri bertanya kepada Anuar.
"Takpela,lepas perjumpaan tu nanti aku nak jumpa Azmi dan Naz,kau ni..aku sepuk kang,aku kan amik elektrikal,apa kejadahnya aku nak studi Mekanik Bendalir@Fluid ini wahai encik Zamri Muhamad."Anuar berkata dengan nada lembut sambil disambut dengan ketawa oleh rakan2 yang lain.
"Alamak..sori..terexcited lak..hahahahah"Zamri turut ketawa.


------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu Zamri dan Anuar bergerak bersama2 menaiki motosikal EX5 Anuar ke perjumpaan persatuan kebudayaan. Sepanjang perjalanan yang tak sampai 5km tu ada saja topik yang dibualkan mereka. Setelah sampai di pintu masuk kampus dan setelah meletakkan motor ditempat yang disediakan mereka bergera ke DKA4.

"Eh Nuar,tu kak Ila and the gang tu..jap erk."Tiba2 Zamri ternampak 5sekawan bergerak menuju ke Blok Perdana dimana terletaknya DKA4 tu.
"Kak,oooo kakak2 ku sekalian,amboi berjalan tak toleh kiri kanan."Zamri memekik kepada mereka.Kelima2 mereka berhenti dan menoleh kepada Zamri yang berlari2 anak sambil diikuti oleh Anuar.
"La,hang Zam,akak ingat sapa tadi,akak baru ja sampai..hang nak p DKA4 gak kan?Jom la p sama..Eh Nuar pun ada."Terkejut Kak Ila melihat Anuar yang tersengih2 melihat mereka semua.
"Aah kak,ada sebab kenapa dia ada disini.hehehe."Zamri tersengih sambil menepuk bahu Nuar yang agak tinggi.
"Amboi hang,dan2 ja..."Tiba2 Kak Shah menyampuk.

Zamri mengenali 5 sekawan ini semasa dia berada di semester 3. Ketika itu dia mengenali 5 sekawan ini yang lebih dikenali sebagai Ila,Shah,Aida,Azie dan Imah. Zamri dah menganggap mereka seperti akak mereka sendiri dan jika ada masalah yang melibatkan masalah peribadi,selain Man,Azmin,Nuar,Bob dan Ikhwan,kelima2 sekawan inilah tempat Zamri mengadu. Setiap seorang dari mereka ada kelebihan masing2 yang membuatkan Zamri amat senang dengan mereka. Dan kerana itulah mereka ini semakin lama semakin rapat.

"Hah Zam,weekend ni hang free dak,kami nak p pulau jalan2..hang nak ikut tak?"Azie dengan loghat utaranya yang pekat sambil mereka berjalan ke DKA4.
"Weekend erk kak,boleh kot,lagipun saya takdak training bola tampar.En Khairul bagi cuti. Hah Nuar,kau nak follow sekali tak?"Zamri menyergah Anuar.
"Err,takpe laa kot,aku ada date ngan Irah.hehehe."Anuar tersenyum.
"ooo..okla camtu. OK kak,nanti weekend saya ikut,nanti saya ajak Lan sekali,dia tu pantang diajak. Lebih2 lagi ada Kak Azie,hehehehe.."
"Amboi hang Zam,ngutuk akak nampak.Nanti hang."Azie dengan geram mengejar Zamri.
"Alamak kak,sori2..gurau jek..diakan adik kesayangan akak.."Kata Zamri sambil berlari.
Mereka yang lain ketawa melihat telatah Zamri dan Azie tak ubah seperti akak sedang mengejar adiknya yang nakal menyuruh adiknya mandi.

Sampai saja di DKA4,Fuad dan Shasha@Muhamad Syamil dah menunggu.Riuh jugalah DKA4 tu dengan bermacam2 ragam ahli2 persatuan. Disamping itu,Zamri lihat ada beberapa muka baru dalam persatuan.
Eh,tu budak yang aku jumpa siang tadi..alahai,comelnya..bisik hati Zamri setelah melihat wajah seorang pelajar perempuan. Kelihatan pelajar yang bertanyakan dimana DKA2 tadi bersama2 dengan beberapa pelajar lain.

"Dijemput pengerusi persatuan kita abang Zamri Muhamad,pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal semester 4 untuk memulakan perjumpaan kita."Fuad memulakan perjumpaan.
Seraya itu Zamri memulakan perjumpaan dengan memperkenalkan diri dan memulakan majlis dengan Al-Fatihah dan doa. Kemudian dia memperkenalkan ahli2 tertinggi persatuan. Kemudian dia menerangkan apakah agenda pada semester tersebut dan projek jangka panjang persatuan. Kemudian dia mempersilakan semua ahli2 baru bangun dan memperkenalkan diri.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera,hai..nama saya Siti Umairah Bte Hamdan,berasal dari Kuala Lumpur,pelajar semester 1 Diploma Pengurusan Hotel. Harap beri tunjuk ajar."
oh,Siti Umairah namanya..ngomel Zamri setelah pelajar yang dia jumpa siang tadi memperkenalkan diriya.
Lebih kurang 20 orang ahli baru yang datang perjumpaan pada malam itu. Kesemuanya dari pelbagai negeri. Ada juga bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Mary,Via,John dan beberapa nama lagi yang berasal dari sana. Zamri mengecam wajah2 mereka satu persatu supaya senang bagi dia memanggil mereka nanti. Ketika ini ada hampir 120 orang ahli persatuan berdaftar. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran sebanyak RM5 setiap bulan untuk menampung pelbagai aktiviti persatuan nanti.

Setelah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai persatuan,dan agenda2 yang akan dijalankan,mereka ini bersurai. Yang tinggal hanyalah pasukan tarian yang akan membuat latihan sempena malam klasik nanti. Ada juga beberapa ahli baru yang tinggal untuk melihat latihan mereka. Tidak terkecuali Ila,Shah,Aida,Azie dan Imah yang ingin melihat adik angkat mereka itu menari. Terasa kagum mereka dengan apa yang dilakukan oleh Zamri. Mereka merasa bangga kerana diri mereka diangkat menjadi seorang kakak kepada seorang pelajar yang popular di kampus. Mereka sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Zamri dalam apa jua perkara yang Zamri lakukan. Anuar juga tidak ketinggalan melihat latihan mereka. Setelah dilantik sebagai ketua bagi kumpulan teater yang baru saja ditubuhkan masa perjumpaan tadi,Anuar masih lagi terkejut dengan keputusan Zamri.

"Wei..kau ni biar betul,apa lak aku yang jadi ketua teater ni,isk..kau ni."Bicara Anuar kepada Zamri setelah segala2nya selesai.
"Eh eh eh,betul la,aku tau kau boleh. Aku dah nampak kau boleh membimbing team teater nanti. Tugas kau cari pelakon,cari skrip,casting..itu jek. Pasal lain2 tu kita akan bincangkan bersama2 nanti. Aku tau kau boleh,kalau tak apa la gunanya menjadi ketua kumpulan teater AWJ. Peh,kau tak cakap kat aku erk kau dulu pernah masuk AWJ. Best tu.."Zamri memberi respon.
"Ooooo kau selongkar sijil2 aku erk..Ala..time tu aku tak tersengaja..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 dah masuk AWJ tu,teruskan jek la..hehee.."Anuar tersengih.
AWJ adalah satu persatuan kebudayaan yang amat popular di Malaysia. Didalam persatuan tersebut ada bermacam2 bidang yang boleh diceburi. Daripada nyanyian sehinggakan ke pentas lakonan. Dan persatuan tersebut pernah membuat persembahan teater di Istana Budaya dibawah arahan salah seorang pengarah teater terkenal tanah air.
"isk takdela..dah kau letak fail bersepah2..aku tertengok jek laa..hehee."
Lantas perutnya ditumbuk perlahan oleh Anuar.
"amboi main kasar nampak. Apapun aku harap kau dapat laksanakan tugas ni dan kami semua akan membantu kau. Jangan risaulah,akukan ada."
Zamri memang berharap yang Anuar dapat membimbing team teater persatuannya kerana dia tahu kredibiliti kawan karibnya itu.
"Okla,aku terima. Terima kasih kerana mempercayai aku,dan aku takkan sia2kannya."
Lantas mereka bersalam dan berpeluk. Telatah mereka diperhatikan ahli lain,lalu mereka bertepuk tangan tanda kagum dengan apa yang mereka lihat.

Latihan tarian sempena malam klasik itu diketuai oleh En Mad dari Kelab Budaya Pulau Pinang. Ada 4 jenis tarian yang mereka akan tarikan. Tarian zapin,inang,joget dan yang terakhir sekali boria. Bagi tarian zapin dan joget,koreografi tarian dibentuk oleh Fuad dan Shasha,manakala untuk inang dan boria dikoreografkan oleh En Mad. Setiap langkah dan lenggok dilakukan dengan baik oleh kesemua mereka. En Mad amat senang dengan kerjasama yang diberikan oleh mereka. Disiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain yang diterapkan oleh Zamri sebagai ketua kumpulan menjadi asas betapa kumpulan ini sentiasa disenangi oleh sesiapa saja.

Disatu sudut,Umairah bersama Eira,Aliyah melihat latihan kumpulan Zamri. Dia amat tertarik dengan perwatakan Zamri,jejaka yang ditemuinya siang tadi. Walaupun diluarnya nampak gagah tapi terselit kelembutan dan kesenian dalam diri Zamri. Itu yang membuatkan dia kagum. Dia juga ada mendengar cerita2 dari beberapa orang seniornya mengenai Zamri. Seorang jejaka yang amat popular dan disenangi semua orang.
Bagaimana la mamat ni bagikan masa,belajar lagi,persatuan lagi,sukan lagi.Isk pelik aku,apa ilmu mamat ni pakai ni. Perasaan ingi tahu Umairah amat mendalam. Semakin lama semakin dia kagum setelah dia lihat sendiri didepan matanya jejaka yang menjadi bualan hangat pelajar wanita kampus.

Latihan akhirnya tamat pada jam 11 malam. Setelah itu,kesemua mereka bergerak pulang ke kediaman masing2. Zamri dan Anuar bergerak menuju ke tempat letak motosikal.
"Zam oooii Zam..."
Zamri terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh ke belakang dan ternampak bayang susuk tubuh kecil.
"Laaa..kau rupanya Lan,hah..apa hal ni?"
"Aku cuma nak bagitau ni,kita dah dapat penaja untuk taja persatuan kita. Aku terlupa tadi nak bagitau kat meeting tadi. Diorang akan bantu dari segi props dan baju.Diorang tertarik dengan proposal yang kau berikan tempoh hari" Ucap Lan sambil termengah2 kerana mengejar Zamri tadi.
" Laa..ye ke?Alhamdulillah, bagus2..camnila timbalan aku..so sekarang kau mintak tolong setiausaha kita merangkap awek kau tu buatkan satu surat ucapan terima kasih dan surat untuk menggunakan baju2 diorang sempena malam klasik nanti..Boleh tak?" Teruja Zamri mendengar apa yang dikatakan Lan tadi.
"Amboi kau ni..agak2 laa..dah tentu kita dah ada baju2 tu.Kan En Mad dah bagitau pasal tu..dia akan bantu pasal tu.."Lan tersenyum. Perasaannya sedikit bangga kerana segala usahanya untuk mendapatkan penaja akhirnya berjaya. Dia juga berasa kagum dengan Zamri kerana ketuanya itu sentiasa tahu apa yang diingininya demi kebaikan persatuan.
"Alamak..aku lupa..ok2..nanti selepas malam klasik tu kita buat meeting lagi,aku dah dapat idea dah ni..kita akan buat karnival kesenian dan kebudayaan UITM Pulau Pinang. Amacam..kali ini aku akan lantik kau sebagai pengerusi dan aku akan bantu kau.."
"Hah..kau biar betul..aku mana tau apa2.."Lan terkejut dengan apa yang didengarnya.
"Betulla,dah2..kau jangan bimbang,aku kan ada..lain2 ahli pun ada..aku yakin diorang akan bantu..ok? Dah la..aku nak balik ni,nak pi makan sekali ni..tak maakn dari tadi."
"Ok2..terima kasih Zam.."
Lalu Lan bergerak menuju ke kolej kediaman dan Zamri bersama Anuar bergerak ke tempat letak motosikal dan menuju ke Restoran Aiman untuk makan malam.